Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah diadakan pada setiap tahun bagi meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah tamat pengajian di Universiti Malaysia Sabah.
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah kali yang pertama telah diadakan pada tahun 1999 dan pada tahun 2016 adalah kali yang ke 18 majlis ini diadakan.
Pelbagai acara diadakan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah antaranya ialah pesta Tamu Gadang di mana ianya telah menjadi tradisi Universiti Malaysia Sabah pada setiap tahun akan diadakan.
Tamu Gadang adalah pesta di mana terdapatnya pelbagai jenis jualan dari jualan produk seperti pakaian, hadiah sehinggalah gerai-gerai makan.
Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan semua graduan dan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah dan juga pesta Tamu Gadang UMS.